Bismillah…

Assalammualaikum semua!!!Apa khabar? Sihat?….Jadi biar saya mulakan pada permulaan. Saya menghasilkan wordpress ini bagi memberi ruang kepada saya untuk meluahkan segala yang terkandung dalam hati dan pemikiran saya terhadap dunia ini… 

Bagi saya, kehidupan ialah sebuah NOVEL paling hebat di dunia. Siapa WATAK UTAMA dalam NOVEL ini? Hmm… siapa lagi kalau bukan kita. Kita? Ya!

(=^_^=)

Advertisements

Jamuan Akhir Tahun Kelas 3 Al-Ikhlas 2017

Assalammualaikum semua!!! Hahaha…

Baiklah kali ini, Iq nak kongsikan dekat pembaca semua berkenaan dengan jamuan akhir tahun yang telah kelas Iq iaitu kelas 3 Al-Ikhlas anjurkan tahun ini. 

Haa… nampak tak gambar dekat bawah ni? Itulah rakan-rakan seperjuangan Iq. Ayu dan segak belakakan? Hahaha… 

Nak tahu makanan apa yang kami jamu? Hehe… nah! 

Sedap tau! Haha… tapi bagi Iq yang paling mengancam selera Iq ialah kek batik hasil air tangan kawan baik Iq. Kek batik dia memang sedap, berlemak dan penuh rasa kasih sayang. ^0^

Seterusnya ialah gambar beberapa orang guru kami yang telah banyak ajar kami sejak daripada kami di tingkatan satu hinggalah kini.

Hehe… main suap-suap pulak! Hahaha…

Jadi gambar di bawah ini ialah gambar Sir Hanif yang mengajar kami bahasa inggeris. Beliau sangat-sangat sporting dan kelakar! 

Bawah ini ialah gambar puteri-puteri 3 Al-Ikhlas. Mereka ini banyak membantu dalam menceriakan kelas 3 Al-Ikhlas. 

Aik? Siapa lelaki tu? 

Lelaki itu ialah ketua juruhias kelas kami tak lain dan tak bukan ialah Syukri atau nama glamour dia ialah Syuk. Dia memang sangat kreatif, kelakar dan paling best dia tu pandai buat lawak! Hahaha… kalau tak afa dia… hmm… alamatnya kelas ni jadi sepi macam ada orang meninggal. Haha…

Semangat betul puteri-puteri ni makan… haha

Bawah ni pula ialah gambar putera-putera 3 Al-Ikhlas. Mereka ni memang rajin tolong cikgu, lagi-lagi tolong cikgu uruskan hal buku teks.

Bawah ni pula gambar putera kelas ni tolong tiup belon. 

Hey again, Syuk!!! Hahaha

Comel tak orang yang tengah minum air tu? Hehe… bolehlah…

Nama dia Khai, dia ialah ketua kelas kami. Dia memang sporting, kelakar, baik dan pandai jaga hati kawan. 

Kalau nak tahu, dia digelar Master of life sebab katanya dialah yang faham bahasa dunia. Hehehe… tak faham? Tak faham sudah. 

Hahaha!!! Iq salah tengok lain!!!

Haa! Buka mulut tu Khai, UFO nak masuk.

Jadi, di bawah ini ialah hadiah cabutan bertuah.

Hehe, jadi Iq nak ucap terima kasih kepada PENCINTA PENCIPTA untuk hadiah yang Iq dapat. Hehe… comel betul hadiahnya.

Time for wefie guys!!!

Di bawah ini ialah video semasa ketua kelas kami, Khai menyampaikan ucapannya. Hahaha!!! Memang terbaiklah!

TAMAT!!!

Jadi, untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru kelas saya, Ustazah Fauziah yang banyak berkorban demi kami semua. Ummi, kami sayang Ummi sangat-sangat!!! Muah!!! =^_^=. Ummi banyak nasihat kami dan sentiasa disisi kami. Tak mampu kami balas jasa ummi. Ummi ibarat permata di hati kami. Tak ternilai harganya.

Seterusnya saya ingin ungkapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang seramai 32 orang. Awak semua banyak tolong saya da ceriakan saya. Love you all, guys!!! 

Saya juga ingin memohon ampun jika saya ada guriskan hati awak semua. 

Jadi, saya doakan kita semua berjaya memperoleh 11A dalam pt3 2017. Amin…

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke jannah!

Bye! Sayang kamu semua

=^_^=

-Qalam_Iq

Lawatan Bermaklumat Di Perak

Assalammualaikum. Hei!!!
Awak semua pernah sertai lawatan sekolah tak? Mesti pernah, bukan.

Jadi, hari ini, Iq nak kongsikan pengalaman Iq mengikuti lawatan bermaklumat di Perak anjuran kelas tingkatan 3 yang paling sporting dan ceria iaitu kelas 3 Ar-Rahman.

Memang banyak tempat yang kami telah serbu. Hehehe… iaitu:

1. MURAL ART LANE

Mural Art Lane ini terletal di Jalan Masjid, Taman Jubilee, Perak.

Mural yang terdapat disini telah dilukia oleh beberapa pelukis yang bertujuan untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan tarikan pelancong di Perak.

Kebanyakan lukisan mural ini diinspirasikan oleh kehidupan dan ragam hidup penduduk di sekitar sini.

Hmm, cantik tak? Mestilah cantikkan? Iq dan kawan-kawan terpukau dengan kahalusan lukisan ini. 

Ini ialah mural yang paling ‘wow’ sekali berbanding yang lain. Amacam? Bergaya tak kami? Siapa yang paling cute ? Hehe…

Di bawah ini ialah murak kegemaran Iq dekat sini. Iq suka kombinasi warna yang digunakan oleh pelukis handalan ini. Selain itu, Iq dapat menangkap makna yang tersirat di sebalik lukisan mural ini. Iaitu kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anaknya.

Iq pun suka lukisan di bawah ini sebab pelukis seperti ingin mentafsirkan dan menceritakan suasana riuh-rendah sesebuah warung kepada bentuk lukisan.

Lukisan di bawah ini kalau tak silap Iq permainan Bot Naga yang sering dimainkan oleh penduduk Cina, bukan?

Lukisan di bawah ini pula membuatkan Iq terimbau zaman Iq menjadi kanak-kanak dulu. Ceh… Iq cakap macam Iq ni dah tua pula kan? Haha

Lompat si katak lompat… 

Lompatlah tinggi-tinggi…

2. TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

 Jadi inilah lokasi kedua yang kami serbu.

Taman Rekreasi Gunung Lang  ini terletak di Jalan Damai, 30100, Ipoh, Perak.

Tamam rekreasi ini dibuka bermula pada pukul 8. 30 pagi hingga 6 petang.

Jadi, Iq dan rakan-rakan sempat menikmati keindahan panorama taman rekreasi ini yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna dan juga beberapa tarikan lain seperti replika rumah Orang Melayu dan Zoo Mini.

Di bawah ini ialah menara tinjau. Nak naik sampai ke atas memang mencabar tau! Tetapi ia berbaloi sebab Iq dapat melihat keseluruhan kawasan takan rekreasi ini dari atas. Hehe… rasa macam pemerintah pula… ^0^

Jadi gambar di bawah ini ialah gambar guru pengiring lawatan kami iaitu Cikgu Sharipah Hayati yang sangat sporting dan ceria selalu. Hehe… ^0^

3. MUZIUM GEOLOGI

Okey jadi seterusnya kami berangkat ke lokasi yang sangat dinanti-nantikan oleh Iq iaitu Muzium Geologi.

Di sini kami telah belajar banyak perkara yang berkaitan dengan geologi dan tanah.

Kami belajar mengenai fosil, jenis batu-batuan berserta sifat semulajadinya, perlombongan dan banyak lagi!

4. FUNTASY HOUSE TRICK ART

Ini ialah tempat yang kami semua rasa suatu tempat yang angat berbaloi untuk dilawati.

Di sini, terdapat pelbagai lukisan 3D yang begitu memukau!

Semua lukisan di sini mempunyai temanya yang tersendiri.

Jadi, ayuh kita lihat gelagat Iq dan rakan-rakan bergambar dengan lukisan-lukisan di sini.

Hehe!!! Kesian… tersepit pula dah. 

Hati-hati! Jangan pandang bawah! Jatuh nanti! Tapi tak apa… nasib ada abang hero selamatkan… hehehe

Peliknya muka Iq… hahaha

“Jangan pecahkan! Nanti kena makan!”

“Jeng…jeng…jeng…! Hebat tak saya?”

~~~~ I believe I can fly ~~~~

Haa… kan baby dah marah! Ambik kau! Haha

“Kayalah aku lepas ni! Hehe.”

“Adoi! Tolonglah turunkan daku.”

“Err, cikgu, kita ada dekat mana ni? Dah sampai Paris belum?”

Tadi dah tersepit, sekarang kena sebat? Adoi, kesian ke dia. Tapi kenapa masih boleh senyum tu? Hmm… aneh budah ni. Haha

“Tolong! Saya tak nak jadi menantu awak!”

Inilah dia… spiderman Malaysia! Hehe

Kenapa kitaorang selalu dapat nasib malang? Ish… ish… ish…

Mana adil! Kecil lawan besar! 

5. KELLIE’s CASTLE

Okey, sekarang inilah tempat yang terakhir yang kami kunjungi di negeri Perak ini.

Kellie’s Castle, nama yang cujup sinonim sebagai kawasan berhantu.

Namun, Iq bukan nak ceritakan pasal hal itu ya… Iq takut…

Jadi, bangunan ini terletak di Batu Gajah, Perak.

Bangunan ini telah dibina oleh William Kellie Smith.

Terdapat beberapa pendapat mengenai tujuan pembinaan rumah ini iaitu:

  1. Sebagai hadiah untuk isteri William.
  2. Untuk anak William

Apa yang Iq suka mengenai istana ini ialah seni binanya yang cantik dan kemas. 

Kami semua( Peserta lawatan) dapat belajat mengenai sejarah disebalik pembinaan istana ini yang penuh tragis dan sadis. Huhu…

Amacam? Bergaya tak? ^0^

Gambar di atas ialah gambat ruang tamu istana ini. Hmm… cantikkan?

~Tamat~

Itulah perkongsian pengalaman Iq mengikuti lawatan ini.

Jadi untuk kesempatan ini, Iq mengucap jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menganjurkan lawatan ini iaitu kelas 3 Ar-Rahman!!!

Tahniah juga kepada semua Rahmanians yang berjaya menguruskan lawatan ini daripada awal hinggalah ke akhirnya!

Iq teringat kata-kata seorang Rahmanian ini…

“Pengalaman mendewasakan kita.”

-HM

Betul! Memang betul! Pengalaman mendidik kita untuk menjadi lebih matang dalam setiap tindak-tanduk kita.

Dengan pengalaman, manusia menjadi hebat!

Itu sahaja dari Iq.

Bye!

Photos by: Rahmanians

=^_^=

-Qalam_Iq


Jamuan PRS SMKADHA 2017

Assalammualaikum semua!!! Hai!!! Haha… (^0^)

Sebelum mulakan apa-apa, Iq nak terangkan dekat kamu semua apa itu PRS. Hehe mungkin ada yang tak tahu… (n_n)

Jadi PRS ini ialah singkatan kepada Pembimbing Rakan Sebaya. Tugas mereka ialah sebagai pembantu kepada guru dan juga berperanan untuk membimbing dan membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah seperti masalah dalam pelajaran, emosi dan sosial. Memang susah menjadi PRS ini tau. Namun Iq dan ahli PRS yang lain tetap komited dan sentiasa memberikan 200% ( Hehe… ^_^) sokongan dalam menjayakan tanggungjawab kami sebagai ahli PRS.

Sesuailah dengan moto PRS iaitu:

  BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN.


Jadi, tanpa membuang masa, Iq nak kongsikan dekat awak semua suatu memori yang sangat manis dan tak akan Iq lupakan sampai bila-bila…

         ◎JAMUAN AKHIR TAHUN PRS ADHA 2017◎



Comel tak? Haha… (^ 0 ^). Merekalah ahli-ahli PRS SMKA Dato’ Haji Abbas sesi 2017. Hehe… bergaya ke idoq? Bergaya la kan?

 Ucapan daripada Ustaz Rosli bin Abdul Rahman merangkap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(GPK HEM) SMKA Dato’ Haji Abbas.

Seterusnya ialah ucapan daripada Pn. Tuan Sharifah Hayati binti Tuan Hadi merangkap guru Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Dan yang seterusnya ialah….(bunyi dram)… ucapan daripada Pengerusi PRS SMKA Dato’ Haji Abbas 2017 iaitu M. Hazim Aiman bin Shamsudin. 

Setelah mendengar ucapan yang penuh dedikasi daripada mereka bertiga, semua ahli PRS sudah tidak sabar ingin mengisi perut dengan hidangan-hidangan yang orang inggeris kata mouth-watering dishes (Ceh wah…)

Hehe…khusyuknya menjamu selera…

Nyumm…

Haha… sempat lagi buat gaya peace eh? (^0<)

(^_^) Comey tak? Hehehe… (Senyum… senyum selalu… tiada seindah senyumanmu!) Uhuk… nyanyi pulak dah Iq… haha

Peace!!! (n_n)

Okay sekarang, Iq nak tunjukkan gambar abang-abang dan kakak-kakak tingkatan 5 PRS yang serba kacak, ayu serta bergaya!!! Mereka ini sentiasa memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun mereka bakal ‘berperang’ dalam medan SPM 2017. Semoga abang-abang dan kakak-kakak semua berjaya dalam peperangan itu nanti. Amin…

Seterusnya ialah ahli PRS tingkatan 4 yang banyak menyumbang jasa dan tenaga dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Dan yang seterusnya ialah ahli tingkatan 3 PRS yang sentiasa berkarisma dan tampak segak.( Haha ^_^)

Sesi cabutan bertuah pula!!!!

Cantiklah baju kurung PRS muslimat… bergaya gitu…

Sekarang Iq akan kongsikan beberapa gambar yang telah diambil sepanjang jamuan ini berlansung. (^0^)

Senyum!!! Hahaha… Ceh wah…

Siapa entah ambil gambar ini? (^_<)

Peace!!!(^-^)

Eh? Tunjuk siapa tu? (^0^) 

Macam spy je… haha (^_<)

Smile!!!

Say cheese….

                                          ~ TAMAT~

Akhirnya tamatlah  Jamuan Akhir Tahun PRS SMKA Dato’ Haji Abbas.

Semoga legasi PRS SMKA Dato’ Haji Abbas terus maju dan sentiasa memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah yang tercinta. Walaupun ahli PRS ADHA tidak berapa ramai namun kekuatan dalam sesebuah kumpulan tidak terletak pada jumlah ahlinya, tetapi terletak pada kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli dalam sesebuah kumpulan itu.

Terima kasih diungkapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan jamuan ini.

Dan kepada semua ahli PRS, khususnya abang-abang dan kakak-kakak tingkatan 5, semoga awak semua berjaya menempa kecemerlangan dan juga dapat membanggakan sekolah dengan berjaya memperoleh 11 A+ dalam SPM 2017. 

Amin…

Kami sentiasa mendoakan kalian berjaya di dunia dan akhirat.

Itu sahaja dari Iq kali ini. Semoga bertemu lagi!!! 

(^_^)

-Qalam_Iq

 »Jamuan Muslimin 3 Al-Ikhlas 2017«

Assalammualaikum semua!!!

Apa khabar?

Hehe… Iq nak kongsikan dekat awak semua suatu pengalaman yang sangat terbaik dan manis Iq bersama dengan insan-insan yang sangat istimewa iaitu tak lain dan tak bukan rakan-rakan Iq. (^_^)

      Jamuan Akhir Tahun Muslimin 3 Al-Ikhlas 2017

Walaupun terpaksa mengerah keringat demi menyalakan api namun ia berbaloi. 
Ehem… sebenarnya kawan-kawan Iq yang masak semua ini. Hehe… Iq hanya tolong makan sahaja.  (^-^)

Makan, makan, makan sampai tak termakan kami dibuatnya. Hehehe… (=^_^=)

Lepas makan apa lagi? Kami bersiar-siar di pantai! Seronok sangat! Main ombak… kutip cengkerang…  tangkap Mr. Crab (^0^)

11 A untuk PT3 !!!

#prayforus

#batch02

#PT3 2017

                                     ~~~~Tamat~~~~

Tamatlah sudah Jamuan Akhir Tahun Muslimin 3 Al-Ikhlas 2017…

Jamuan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kami kerana kami saling bekerjasama menjayakan jamuan ini. 

Kami belajar sesuatu yang sangat penting sepanjang berlansungnya jamuan ini iaitu:

‘Persahabatan yang kukuh tak mungkin akan putus walau dilanda pelbagai cabaran sekalipun’

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah!!!

(^_^)

-Qalam_Iq

Kenapa kita?

Kenapa kita? Hmm… soalan yang sukar. >_<

Untuk pengetahuan semua, kita ialah insan yang terpilih. Terpilih oleh Allah SWT untuk hidup di muka bumi ini.

Ingatlah, setiap perkara yang Allah jadikan atau hidupkan di dunia ini ada tujuannya masing-masing serta untuk memberi manfaat kepada semua penghuni dunia.

Jadi kita dipilih untuk hidup oleh Allah. Jadi kita perlu jadikan diri kita ini bermanfaat untuk orang dan makhluk lain.

“Sebaik-baik manusia ialah memberi banyak manfaat kepada orang lain”

Nabi Muhammad SAW sendiri menyuruh kita iaitu pengikutnya dan hamba Allah SWT agar memberi manfaat kepada orang lain.

Iq ada  terbaca buku hasil tulisan Tengku Asmadi PhD, dan beliau mengatakan bahawa…

“Manusia yang hidup ialah mereka yang memberikan manfaat banyak manfaat kepada manusia lain. Sekiranya hidup kita tiada sebarang perubahan dan kemajuan, serta tidak memberi manfaat kepada orang lain, kita tidak ubah seperti mereka yang mati sebelum masanya.”

Agak mendalam bukan? Terkesan di hati…hehehe.

Jadi sudah faham? Kita sebagai WATAK UTAMA dalam NOVEL KEHIDUPAN seharusya berusaha untuk memberi manfaat kepada orang lain dalam kehidupan kita.

Dengan cara apa? Bagaimana? Hehe…tunggu ya…^_^

Macam mana?

“Wei, Ahmad. Aku nak beritahu sesuatu.”

“Apa, Farid?”

“Aku rasa macam diri aku ini, tak berguna saja”

“Mengapa pula?”

“Entahlah, aku sendiri tak tahu. Aku macam tak ada apa-apa fungsi kat dunia ini. Aku rasa lebih baik aku ‘tiada’ kat dunia. Kalau ada pun, bukan aku boleh buat apa-apa.”

“Allahu Akhbar! Farid jangan cakap macam itu, tak baik. Tak apa, usah risau aku yakin suatu hari nanti, engkau akan dapat memberikan sesuatu kepada dunia ini. Ingat, setiap benda yang Allah jadikan dekat dunia ini, semuanya ada manfaatnya yang tersendiri.”



Pernah tak pembaca semua melalui situasi tersebut? Situasi di mana kita merasakan diri kita tak berguna. Mesti pernah, bukan? Jadi apa jalan penyelesaiannya? Atau soalan yang lebih tepat, bagaimana ingin menjadikan kehadiran kita ini memberi manfaat kepada orang lain? Iq beritahu beberapa perkara yang akan membuatkan kita menjadi seseorang yang berguna kepada orang lain. Jadi bersedialah!

1. Perbanyakan menolong orang lain.

Menolong orang lain ialah salah satu cara untuk menjadi seseorang yang berguna kepada orang lain. Dengan menghulurkan bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan, kita dapat meringankan beban mereka sekali gus membuatkan diri kita dilabel sebagai seseorang yang berguna dan bermanfaat terhadap orang lain.

Orang yang di dalam kesusahan? Maksudnya orang yang terlibat dalam kemalangankah? Ops! Bukan orang dalam kemalangan sahaja yang tergolong dalam mereka yang di dalam kesusahan tau. Ada ramai lagi sebenarnya iaitu…

  • Orang yang bermasalah dalam pelajaran
  • Orang yang mempunyai tekanan emosi
  • Orang yang sentiasa sukar dalam membuat kawan
  • Orang yang tidak mampu menyelesaikan sesuatu tugas
  • Orang yang mempunyai masalah kewangan
  • Orang yang bermasalah dari segi sahsiah

Dan banyak lagi…

Jadi, macam mana ingin membantu mereka?

Dengan menolong mereka menyelesaikan masalah mereka.

Jika mereka ada masalah dalam pelajaran, berilah pertolongan kepada mereka dengan menerangkan serba sedikit tentang subjek atau topik yang mereka tidak fahami. Jangan kedekut ilmu! Ingatlah, ilmu kita tak akan berkurang pun kalau kita berikan sedikit kepada orang lain bahkan akan bertambah banyak lagi.

Jika mereka ada masalah dari segi emosi pula, kita sebagai seorang kawan perlu sentiasa bersama orang itu. Tanya dia apa masalah dia. Apakah puncanya? Kenapa asyik nampak sedih sahaja? Cuba selami jiwa dia. Cuba fahami diri dia sedalam-dalam mungkin. Insya Allah dia akan rasa bertambah baik dan tak sedih lagi.

Jika ada seseorang yang mempunyai masalah dalan membuat kawan pula? Senang sahaja. Macam mana? Cuba dekati dia dan berkenalan dengan dia. Mulakan perbualan dan cuba berkawan dengan dia. Cuba berbual sesuatu yang mudah dan tak rumit. Contohnya berkaitan dengan tempat tinggal atau subjek yang dia minati. Selepas dapat berkawan dengan dia, cuba kenalkan dia dengan kawan kita pula. Dengan ini dia dapat selesaikan masalahnya dalam bersosial dengan orang lain. Mudah, bukan?

2. Berusaha untul hasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Hasilkan sesuatu? Apa? Hmm… >_<

Cuba hasilkan sesuatu yang berguna kepada orang lain. Misalnya seperti menghasilkan blog, wordpress atau apa-apa sahaja medium yang berunsurkan sesuatu perkara yang dapat memberi ilmu kepada orang lain. Dengan ini, apa yang kita hasilkan itu berguna untuk membuatkan masyarakat lebih faham berkaitan sesuatu perkara. 

  Ingat pastikan ilmu atau apa yang kita hasilkan itu sahih dan betul! Jangan sebarkan fahaman karut atau tak berlandaskan agama Islam! 

3. Berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.

Dengan memberi khidmat kita sebagai seorang belia dalam masyarakat kita akan dapat meringankan beban mereka. Contohnya, dengan mengikuti aktiviti sukarelawan di kawasan gelandangan. Kita dapat membantu mereka yang ditimpa kesempitan hidup dengan cara memberikan sumbangan dan pertolongan kepada mereka. 

Tapi ingat ya, kalau nak buat aktiviti sukarelawan ini kena ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana walaupun tugas ini kelihatan mudah di mata kita, namun hakikatnya ia sangat mencabar. Jadi persiapkam diri kamu semua dari segi jasmani dan emosi untuk menjalankan aktiviti sukarelewan ini.

4. Cuba cari sesuatu dalam diri yang dapat memberi menfaat kepada orang lain.

“Aku ini tiada apa-apa. Aku tak berguna.”

Buang sifat ini. Hal ini salah sama sekali. Kita ada kelebihan dalam diri kita yang akan berguna kepada orang lain. Cuma kita sahaja yang belum jumpanya lagi.

Cuba cari sesuatu kelebihan yang ada pada diri kita yang akan memberi manfaat kepada orang lain jika kita praktikannya.

Contoh, jika kita hebat dalam sesuatu subjek dalam pelajaran cuba gunakannya untuk mengajar kawan kita yang tak memahami subjek itu.

Selain itu, jika kita mahir dalam bidang seni pula, cuba gunakan kelebihan kita itu untuk menghias dinding atau melukis mural pada dinding. Jadikannya suatu aktiviti sukarelawan untuk menceriakan sesuatu tempat. 

KESIMPULAN…

Cuba praktikan tips-tips yang Iq sediakan ini ya. Yang penting, janganlah kita malas untuk memberi khidmat kepada orang lain!

Insya Allah kita akan menjadi seseorang yang menberi manfaat kepada orang lain. Sama-samalah kita kata dalam diri kita…

“Aku ini berguna!”

“Aku mampu untuk memberi manfaat kepada orang lain”

“Aku akan berusaha untuk jadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama!”


Itu sahaja dari Iq setakat ini. Semoga Allah ketemukan kita kelak. Insya Allah.

Jadi, jumpa lagi!!! ^_^