Macam mana?

“Wei, Ahmad. Aku nak beritahu sesuatu.”

“Apa, Farid?”

“Aku rasa macam diri aku ini, tak berguna saja”

“Mengapa pula?”

“Entahlah, aku sendiri tak tahu. Aku macam tak ada apa-apa fungsi kat dunia ini. Aku rasa lebih baik aku ‘tiada’ kat dunia. Kalau ada pun, bukan aku boleh buat apa-apa.”

“Allahu Akhbar! Farid jangan cakap macam itu, tak baik. Tak apa, usah risau aku yakin suatu hari nanti, engkau akan dapat memberikan sesuatu kepada dunia ini. Ingat, setiap benda yang Allah jadikan dekat dunia ini, semuanya ada manfaatnya yang tersendiri.”



Pernah tak pembaca semua melalui situasi tersebut? Situasi di mana kita merasakan diri kita tak berguna. Mesti pernah, bukan? Jadi apa jalan penyelesaiannya? Atau soalan yang lebih tepat, bagaimana ingin menjadikan kehadiran kita ini memberi manfaat kepada orang lain? Iq beritahu beberapa perkara yang akan membuatkan kita menjadi seseorang yang berguna kepada orang lain. Jadi bersedialah!

1. Perbanyakan menolong orang lain.

Menolong orang lain ialah salah satu cara untuk menjadi seseorang yang berguna kepada orang lain. Dengan menghulurkan bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan, kita dapat meringankan beban mereka sekali gus membuatkan diri kita dilabel sebagai seseorang yang berguna dan bermanfaat terhadap orang lain.

Orang yang di dalam kesusahan? Maksudnya orang yang terlibat dalam kemalangankah? Ops! Bukan orang dalam kemalangan sahaja yang tergolong dalam mereka yang di dalam kesusahan tau. Ada ramai lagi sebenarnya iaitu…

  • Orang yang bermasalah dalam pelajaran
  • Orang yang mempunyai tekanan emosi
  • Orang yang sentiasa sukar dalam membuat kawan
  • Orang yang tidak mampu menyelesaikan sesuatu tugas
  • Orang yang mempunyai masalah kewangan
  • Orang yang bermasalah dari segi sahsiah

Dan banyak lagi…

Jadi, macam mana ingin membantu mereka?

Dengan menolong mereka menyelesaikan masalah mereka.

Jika mereka ada masalah dalam pelajaran, berilah pertolongan kepada mereka dengan menerangkan serba sedikit tentang subjek atau topik yang mereka tidak fahami. Jangan kedekut ilmu! Ingatlah, ilmu kita tak akan berkurang pun kalau kita berikan sedikit kepada orang lain bahkan akan bertambah banyak lagi.

Jika mereka ada masalah dari segi emosi pula, kita sebagai seorang kawan perlu sentiasa bersama orang itu. Tanya dia apa masalah dia. Apakah puncanya? Kenapa asyik nampak sedih sahaja? Cuba selami jiwa dia. Cuba fahami diri dia sedalam-dalam mungkin. Insya Allah dia akan rasa bertambah baik dan tak sedih lagi.

Jika ada seseorang yang mempunyai masalah dalan membuat kawan pula? Senang sahaja. Macam mana? Cuba dekati dia dan berkenalan dengan dia. Mulakan perbualan dan cuba berkawan dengan dia. Cuba berbual sesuatu yang mudah dan tak rumit. Contohnya berkaitan dengan tempat tinggal atau subjek yang dia minati. Selepas dapat berkawan dengan dia, cuba kenalkan dia dengan kawan kita pula. Dengan ini dia dapat selesaikan masalahnya dalam bersosial dengan orang lain. Mudah, bukan?

2. Berusaha untul hasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Hasilkan sesuatu? Apa? Hmm… >_<

Cuba hasilkan sesuatu yang berguna kepada orang lain. Misalnya seperti menghasilkan blog, wordpress atau apa-apa sahaja medium yang berunsurkan sesuatu perkara yang dapat memberi ilmu kepada orang lain. Dengan ini, apa yang kita hasilkan itu berguna untuk membuatkan masyarakat lebih faham berkaitan sesuatu perkara. 

  Ingat pastikan ilmu atau apa yang kita hasilkan itu sahih dan betul! Jangan sebarkan fahaman karut atau tak berlandaskan agama Islam! 

3. Berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.

Dengan memberi khidmat kita sebagai seorang belia dalam masyarakat kita akan dapat meringankan beban mereka. Contohnya, dengan mengikuti aktiviti sukarelawan di kawasan gelandangan. Kita dapat membantu mereka yang ditimpa kesempitan hidup dengan cara memberikan sumbangan dan pertolongan kepada mereka. 

Tapi ingat ya, kalau nak buat aktiviti sukarelawan ini kena ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana walaupun tugas ini kelihatan mudah di mata kita, namun hakikatnya ia sangat mencabar. Jadi persiapkam diri kamu semua dari segi jasmani dan emosi untuk menjalankan aktiviti sukarelewan ini.

4. Cuba cari sesuatu dalam diri yang dapat memberi menfaat kepada orang lain.

“Aku ini tiada apa-apa. Aku tak berguna.”

Buang sifat ini. Hal ini salah sama sekali. Kita ada kelebihan dalam diri kita yang akan berguna kepada orang lain. Cuma kita sahaja yang belum jumpanya lagi.

Cuba cari sesuatu kelebihan yang ada pada diri kita yang akan memberi manfaat kepada orang lain jika kita praktikannya.

Contoh, jika kita hebat dalam sesuatu subjek dalam pelajaran cuba gunakannya untuk mengajar kawan kita yang tak memahami subjek itu.

Selain itu, jika kita mahir dalam bidang seni pula, cuba gunakan kelebihan kita itu untuk menghias dinding atau melukis mural pada dinding. Jadikannya suatu aktiviti sukarelawan untuk menceriakan sesuatu tempat. 

KESIMPULAN…

Cuba praktikan tips-tips yang Iq sediakan ini ya. Yang penting, janganlah kita malas untuk memberi khidmat kepada orang lain!

Insya Allah kita akan menjadi seseorang yang menberi manfaat kepada orang lain. Sama-samalah kita kata dalam diri kita…

“Aku ini berguna!”

“Aku mampu untuk memberi manfaat kepada orang lain”

“Aku akan berusaha untuk jadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama!”


Itu sahaja dari Iq setakat ini. Semoga Allah ketemukan kita kelak. Insya Allah.

Jadi, jumpa lagi!!! ^_^

Advertisements

2 thoughts on “Macam mana?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s