Jamuan Akhir Tahun Kelas 3 Al-Ikhlas 2017

Assalammualaikum semua!!! Hahaha…

Baiklah kali ini, Iq nak kongsikan dekat pembaca semua berkenaan dengan jamuan akhir tahun yang telah kelas Iq iaitu kelas 3 Al-Ikhlas anjurkan tahun ini. 

Haa… nampak tak gambar dekat bawah ni? Itulah rakan-rakan seperjuangan Iq. Ayu dan segak belakakan? Hahaha… 

Nak tahu makanan apa yang kami jamu? Hehe… nah! 

Sedap tau! Haha… tapi bagi Iq yang paling mengancam selera Iq ialah kek batik hasil air tangan kawan baik Iq. Kek batik dia memang sedap, berlemak dan penuh rasa kasih sayang. ^0^

Seterusnya ialah gambar beberapa orang guru kami yang telah banyak ajar kami sejak daripada kami di tingkatan satu hinggalah kini.

Hehe… main suap-suap pulak! Hahaha…

Jadi gambar di bawah ini ialah gambar Sir Hanif yang mengajar kami bahasa inggeris. Beliau sangat-sangat sporting dan kelakar! 

Bawah ini ialah gambar puteri-puteri 3 Al-Ikhlas. Mereka ini banyak membantu dalam menceriakan kelas 3 Al-Ikhlas. 

Aik? Siapa lelaki tu? 

Lelaki itu ialah ketua juruhias kelas kami tak lain dan tak bukan ialah Syukri atau nama glamour dia ialah Syuk. Dia memang sangat kreatif, kelakar dan paling best dia tu pandai buat lawak! Hahaha… kalau tak afa dia… hmm… alamatnya kelas ni jadi sepi macam ada orang meninggal. Haha…

Semangat betul puteri-puteri ni makan… haha

Bawah ni pula ialah gambar putera-putera 3 Al-Ikhlas. Mereka ni memang rajin tolong cikgu, lagi-lagi tolong cikgu uruskan hal buku teks.

Bawah ni pula gambar putera kelas ni tolong tiup belon. 

Hey again, Syuk!!! Hahaha

Comel tak orang yang tengah minum air tu? Hehe… bolehlah…

Nama dia Khai, dia ialah ketua kelas kami. Dia memang sporting, kelakar, baik dan pandai jaga hati kawan. 

Kalau nak tahu, dia digelar Master of life sebab katanya dialah yang faham bahasa dunia. Hehehe… tak faham? Tak faham sudah. 

Hahaha!!! Iq salah tengok lain!!!

Haa! Buka mulut tu Khai, UFO nak masuk.

Jadi, di bawah ini ialah hadiah cabutan bertuah.

Hehe, jadi Iq nak ucap terima kasih kepada PENCINTA PENCIPTA untuk hadiah yang Iq dapat. Hehe… comel betul hadiahnya.

Time for wefie guys!!!

Di bawah ini ialah video semasa ketua kelas kami, Khai menyampaikan ucapannya. Hahaha!!! Memang terbaiklah!

TAMAT!!!

Jadi, untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru kelas saya, Ustazah Fauziah yang banyak berkorban demi kami semua. Ummi, kami sayang Ummi sangat-sangat!!! Muah!!! =^_^=. Ummi banyak nasihat kami dan sentiasa disisi kami. Tak mampu kami balas jasa ummi. Ummi ibarat permata di hati kami. Tak ternilai harganya.

Seterusnya saya ingin ungkapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang seramai 32 orang. Awak semua banyak tolong saya da ceriakan saya. Love you all, guys!!! 

Saya juga ingin memohon ampun jika saya ada guriskan hati awak semua. 

Jadi, saya doakan kita semua berjaya memperoleh 11A dalam pt3 2017. Amin…

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke jannah!

Bye! Sayang kamu semua

=^_^=

-Qalam_Iq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s